Peguam cadangkan lesen pemandu mabuk dibatal seumur hidup dan hukuman lebih berat

oleh HEZERI SAMSURI|
Peguam N Sivanathan berpendapat lesen pemandu mabuk dan mengakibatkan kematian sepatutnya ditarik seumur hidup.

Beliau berkata tidak ada alasan untuk pemandu membawa kenderaan dalam keadaan mabuk kerana sudah wujud pelbagai pilihan pengangkutan alternatif seperti e-hailing dan sebagainya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sivanathan berkata hukuman untuk pemandu mabuk yang menyebabkan kematian sekarang adalah penjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda RM8,000 hingga RM20,000.

Beliau berkata hukuman itu memadai tetapi perlu ditambah lagi dengan hukuman lesen memandu dibatalkan seumur hidup.

Peguam itu juga mencadangkan penarikan lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun dan penjara mandatori enam bulan untuk kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, walaupun tidak menyebabkan kematian.

Hukuman pemandu mabuk sekarang ialan denda minimum RM1,000 dan maksimum RM6,000, atau penjara tidak melebihi 12 bulan (menurut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987).

Nor Zabetha Muhammad Nor, seorang lagi peguam berpendapat kerajaan harus meneliti hukuman yang lebih berat sebagai satu bentuk pencegahan dan juga memberi keadilan kepada keluarga mangsa.

Ahad lalu, seorang anggota polis Safwan Muhammad Ismail maut bila dirempuh dan diseret oleh sebuah trak pikap yang dipandu oleh seorang individu yang disyakki mabuk di Plaza Tol Kajang Selatan di Lebuhraya Kajang-Seremban

*Laporan asal dari FMT

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…