Pejalan kaki maut dilanggar lari: Pemandu Alza positif dadah

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV ) jenis Perodua Alza yang terlibat dalam kes langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di Kilometer 0.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) pada awal pagi Ahad direman tiga hari sehingga Khamis.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Isnin.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek telah bertindak menyerah diri pada petang Ahad.

Beliau berkata, susulan tindakan suspek menyerah diri itu, permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil ujian saringan air kencing juga didapati suspek lelaki itu positif dadah selain ujian saringan pernafasan pula didapati negatif alkohol.

"Siasatan kes juga dipinda kepada Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu pada Ahad, polis dilaporkan giat mengesan pemandu Perodua Alza berkenaan kerana disyaki terbabit kes langgar lari dengan seorang pejalan kaki di Kilometer 0.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Johor Bahru.

Kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu turut menyebabkan pejalan kaki berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu Perodua Alza terbabit, bagaimanapun dilaporkan tidak berhenti dan bertindak melarikan diri.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kejadian bermula kira-kira jam 1 petang ketika kereta dipandu lelaki berusia 24 itu…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Hanya dalam tempoh 10 minit, insiden tersebut melibatkan sebuah van awam, sebuah bas francais dan…