Pekerja kilang Renault Sepanyol ditahan curi komponen enjin

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan cip semikonduktor yang masih belum reda menyebabkan sesetengah jenama automotif terpaksa menangguh atau menghentikan sementara produksi model tertentu.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Eropah lain pula ceritanya.

Menurut laporan Periodismo del Motor, produksi kenderaan di kilang Renault mengalami gangguan selama lebih daripada satu tahun disebabkan oleh masalah kecurian komponen, di mana syarikat itu terpaksa menanggung kerugian bernilai ratusan ribu euro.

Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah seakan cerita-cerita yang biasa kita tonton dalam filem rompakan.

Salah seorang daripada pemandu penghantaran Valladolid dikatakan bersubahat dengan wakil daripada sebuah lagi syarikat pengangkutan.
 

renault


Dengan bantuan daripada pekerja Renault yang lain, komponen yang dicuri itu berjaya dibawa keluar dari kilang tanpa menimbulkan perasaan syak wasangka.

Pada 13 Disember 2022, syarikat pengangkutan Arcese Spain melaporkan kes kecurian melibatkan tiga kontena yang mengandungi komponen pemangkin bernilai 69,174 euro yang sepatutnya telah diterima, akan tetapi hilang secara misteri.

Siasatan lanjut yang dilakukan oleh Renault membongkar kes kecurian dua palet berisi komponen penyuntik yang dicuri pada tahun 2021 akan tetapi tidak dikesan disebabkan oleh kamera pengawasan yang rosak.

Tiga suspek telah ditahan, dan akibat kes kecurian ini Renault terpaksa menanggung kerugian bernilai €589,762 (RM2,824,203).

Sumber: Periodismo del Motor