Pekerja MBPP maut dilanggar pemandu mabuk

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, Georgetown, di sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian jam 6.50 pagi Jumaat, mangsa Mohaidin Gani Mohamad, 58, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang memaklumkan, kejadian berlaku ketika Pembantu Kesihatan Awam MBPP itu berhenti di lampu isyarat bersama dua buah lagi kenderaan.

Ketika sedang menungggu, tiba-tiba sebuah Honda Accord dipandu wanita berusia 24 tahun itu merempuh motosikal mangsa dan sebuah lagi motosikal dari arah belakang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis, katanya, masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Orang ramai dan saksi yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Setakat ini, pihak polis sudah mengambil sampel darah pemandu kereta juga diambil daripada bagi ujian kandungan alkohol dan dadah

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Pengangkutan (APJ) 1987.

Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan kenderaan dipandu wanita itu tidak berhenti ketika melalui lampu isyarat berkenaan sebaliknya merempuh dua motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong tengah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang berpengkalan di Shanghai itu juga bercadangan untuk membuang separuh dari tenaga…
Berita Global
  Kerajaan Sepanyol menyifatkan langkah syarikat itu amat membimbangkan.   Menurut jurucakap…
Berita Global
Malah, syarikat itu turut memberikan tempoh sehingga 22 September kepada pekerjanya untuk…