Pelaburan untuk Projek Kereta Nasional Ketiga mungkin cecah RM1 bilion!

oleh Mohamad Hanif|
Dana yang digunakan oleh DreamEdge dalam membangunkan dan mengeluarkan kereta nasional ketiga, yang dijangka memasuki fasa produksi penuh pada setengah tahun pertama 2022 dijangka mampu mencecah RM1 bilion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut analisa yang dikeluarkan oleh Affin Hwang Investment Bank Bhd berkata, DreamEdge selaku syarikat utama yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan projek NNCP dengan sokongan teknologi daripada Daihatsu Motor Co Ltd telah menetapkan RM600 juta sebagai kos permulaan. 

"Kos permulaan yang dianggarkan (berdasarkan platform dan trenkuasa Daihatsu) mungkin memerlukan paling kurang RM600 juta, tetapi dengan penubuhan jaringan pengedar dan kos operasi yang berkaitan, ia mampu mencecah sehingga RM1 bilion," kata laporan yang diterbitkan selepas mesyuarat antara pengurusan Affin Hwang dan DreamEdge.

Penganalisa, Brian Yeoh berkata pengurusan DreamEdge sedang aktif berbincang dengan beberapa pihak mengenai pembiyaan, di mana sebahagian besarnya akan dibiayai secara persendirian. 

Tambah beliau lagi, DreamEdge juga berhasrat untuk menjual sekurang-kurangnya 3,000 unit kenderaan sebulan untuk tahun pertama jualan, dengan jumlah keseluruhan 36,000 untuk setahun.
 


Sebagai perbandingan, Proton dan Perodua masing-masing mencatatkan angka jualan lebih daripada 79,000 dan 201,000 kereta penumpang untuk 10 bulan pertama tahun ini, menurut data daripada Malaysian Automotive Association. 

Model pertama projek kereta nasional ketiga ini berkemungkinan besar sebuah sedan segmen B+ dengan nadi enjin pembakaran konvensional atau dengan trenkuasa hibrid.

DreamEdge sebelum ini mencadangkan perancangan untuk melancarkan model pertama mereka pada setengah pertama 2022, dengan pengenalan model prototaip yang bakal dbibuat pada pertengahan tahun hadapan. 

Model pertama tersebut bakal menampilkan teknologi termaju seperti sistem kenderaan pintar, sambungan kepada internet, serta bantuan pemanduan termaju. 

DreamEdge dalam masa yang sama menegaskan model pertama tersebut bukanlah sebuah model tukar lencana (rebadge) dari Daihatsu.

Menurut Yeoh lagi, fasa rekaan dan pembangunan kereta tersebut bakal diterajui oleh DreamEdge, manakala Daihatsu pula membantu dalam aspek trenkuasa dan platform kenderaan. 

Sumber: The Malaysian Reserve

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan daripada MalayMail, dana yang diperuntukkan tersebut pada mulanya disediakan untuk…
Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan…
Berita Domestik
Turut disediakan lubang intipan sebesar sebuah peranti pintar bagi memberikan peluang kepada…