Pelajar asing ranapkan Ferrari

oleh HEZERI SAMSURI|
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Akhbar harian The Star semalam melaporkan bahawa seorang pelajar dari Afrika Selatan telah mengalami kemalangan ketika memandu kenderaan jenama Ferrari di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang atau Duke.

Gambar yang menular di media sosial menunjukan sebuah Ferrari F430 Spyder warna merah musnah selepas terbalik dan berpusing di laluan tengah lebuhraya tersebut.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kejadian tersebut berlaku pada jam 1.30 pm. Seorang penuntu berusia 21 tahun dari Afrika Selatan yang memandu kenderaan buatan Itali tersebut.

“Beliau mengalami kecederaan belakang,” ujar jurucakap bomba sambil menambah penuntut tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh orang ramai.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sukar untuk anda mendapatkan model asal Competizione (termasuklah model convertible Competizione A…
Gaya Hidup
Menerusi video sama, treler yang membawa kereta tersebut juga dikatakan telah menghalang jalan…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Benedetto Vigna yakin bahawa Ferrari boleh terus menjual kereta…