Pelajar tahun tiga kolej Jepun hasilkan C100 Super Cub dari kertas kadbod!

oleh Mohamad Hanif|
Sekumpulan pelajar tahun tiga pengajian seni dari Yawatahama Technical High School, Ehime Prefecture, Bandar Hachimanhama di Shikoku, Jepun boleh dikatakan telah menghasilkan satu arca seni yang cukup menarik melambangkan kecintaan mereka terhadap model ikonik Honda Super Cub C100.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diperbuat daripada kertas kadbod sepenuhnya, projek ini dihasilkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 (yang sepatutnya disambut pada tahun 2018!).

 


Hasil kerja yang diperlihatkan oleh enam orang pelajar Jepun ini ternyata mengkagumkan, apatah lagi keseluruhan struktur motosikal ini dihasilkan dengan kerja yang sangat teliti.

Mereka juga turut memberikan tumpuan kepada komponen seperti bar rangka, enjin sejukan udara serta fairing hadapan yang boleh ditanggalkan bagi menampakkan dua komponen yang disebutkan tadi.

 


Beberapa komponen seperti tempat pemijak kaki, pedal brek, serta lampu belakang turut diberikan tekskur yang berbeza dengan menggunakan struktur kotak kadbod yang beralun.

Antara butiran menarik yang diperlihatkan termasuklah logo Honda yang dipaparkan pada tempat duduk yang boleh dibuka bagi menampakkan penutup tangki yang juga boleh dibuka!

 


Keseluruhan sumber kertas kadbod ini (berjumlah 50 kotak kadbod) diperoleh daripada sisa bahan buangan dan juga kertas kitar semula yang diperoleh daripada sekolah dan juga pasaraya yang berhampiran.

Namun, bagi memastikan 'motosikal kertas' ini memiliki struktur badan yang lebih kukuh, pelajar tersebut telah menggunakan beberapa komponen kayu ke dalam rangka, dan wayar piano sebagai kabel pendikit.

Sumber: Jalopnik