Pelajar Tingkatan 5 buat aksi ‘wheelie’ ditahan

oleh SALINA JALIL|
Tindakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang mempamerkan aksi 'wheelie' ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila dia ditahan polis sekali gus membongkar penglibatannya dalam gejala penagihan dadah di Wakaf Bata, Machang pada Sabtu.


Remaja berusia 17 tahun itu ditahan bersama seorang lagi rakannya yang berusia 15 tahun pada jam 6 petang.

LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, penahanan itu dilakukan oleh lima anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang menerusi Ops Samseng Jalanan.


“Pasukan polis melihat dua motosikal ditunggang dari arah Jalan Padang Kelupang menghala ke lampu isyarat Wakaf Bata dengan melakukan aksi berbahaya bersaing antara satu sama lain sambil mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’.

 

“Polis mengekori mereka dan mengarahkan kedua-duanya memberhentikan motosikal serta menahan remaja terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

 

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, kedua-dua remaja itu dan dua motosikal jenis Modenas Kriss dan Honda C70 dibawa ke IPD Machang untuk tindakan lanjut.

 

“Ujian urin terhadap pelajar Tingkatan Lima itu didapati positif dadah jenis metamphetamine manakala rakannya negatif dadah.

 

“Sebanyak 14 saman atas kesalahan lalu lintas dikeluarkan terhadap mereka dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Bernama menyebut, Majistret Muhammad Fitri Mokhtar menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan…
Berita Domestik
  "Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu. "JSPT Bukit Aman…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata tujuh remaja itu…