Pelakon Captain Marvel, Brie Larson muncul dalam Fast Furious 10

oleh Mohamad Hanif|
Buat mereka yang mengikuti rapat perkembangan francais filem Fast Furious, sudah pasti akan tertunggu-tunggu pelakon terkenal manakah yang bakal muncul pada setiap filem baharu yang bakal ditayangkan di pawagam.

Untuk filem Fast Furious yang ke-10, produser-nya Vin Diesel telah mengejutkan para peminatnya di mana beliau mengesahkan pelakon watak Captain Marvel, Brie Larson akan menyertai barisan pelakon sedia ada.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel)


Menurut kapsyen di Instagram, "Yeah yeah, anda lihat bidadari yang bersandar di bahu saya, dan anda akan berkata kepada diri sendiri "Itulah Captain Marvel"'.

Tambahnya lagi, para peminat tidak akan menjangkakan watak apakah yang bakal dilakonkan oleh Brie Larson dalam filem kesepuluh Fast Furious.

 


Hal ini disahkan sendiri oleh Brie Larson dalam satu hantaran berasingan di laman mikroblog Twitter-nya (@brielarson), di mana beliau turut berterima kasih kepada Vin Diesel kerana menjemputnya masuk ke dalam keluarga Fast Furious.

Sebelum ini francais filem Fast Furious menampilkan beberapa pelakon handalan dan terkenal di dalam setiap filem baharu, seperti contoh The Rock yang muncul pada filem Fast Five, Jason Statham (Furious 7), Charlize Theron (The Fate of the Furious), dan juga John Cena (F9).

Filem Fast Furious 10 akan ditayangkan secara rasmi pada 19 Mei 2023.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ia diumumkan sendiri oleh pelakon asal filem yang juga merangkap produser, Vin Diesel menerusi…
Berita Global
Namun begitu, pelakon terkenal Dwayne 'The Rock' Johnson dilaporkan tidak akan menyertai kembali…
Berita Global
Memetik daripada laman Twitter rasmi Fast and Furious 9, mereka telah mengumumkan penangguhan…