Pelan digital JPJ mampu rendahkan harga tag RFID - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengkaji teknologi pendigitalan pendaftaran kenderaan yang mampu menurunkan harga tag RFID.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, JPJ sedang meneroka teknologi baharu bagi pendaftaran kenderaan seperti tag RFID, kod QR dan juga cip.

Katanya, sistem RFID akan membolehkan penguatkuasaan dijalankan melalui automasi bagi memastikan bacaan tepat, seterusnya meminiumkan kos.

Program pendigitalan yang dicadangkan itu dikatakan mampu membantu dalam pelaksanaan sistem tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) menjelang 2025.

Pada ketika ini, tag RFID dijual pada harga RM35 dan digunakan untuk pembayaran tol di lebuh raya utama Malaysia menggunakan e-dompet Touch 'n Go.

Namun begitu, laporan tersebut tidak menyebut sama ada Kementerian Pengangkutan akan bersetuju dengan cadangan JPJ untuk menyelaraskan pengeluaran nombor plat bagi menyokong teknologi pengecaman nombor plat automatik (ANPR) di bawah MLFF.

Sumber: Free Malaysia Today