Pelancaran rasmi 718 Cayman GT4, 718 Spyder hari ini jam 8 malam

oleh Mohamad Hanif|
Pengimport rasmi kenderaan berjenama Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) akan membawakan secara rasmi dua anggota baharu ke dalam keluarga kereta sports berenjin tengah, Porsche 718 Cayman GT4 dan Porsche 718 Spyder.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran tersebut akan dibuat menerusi acara dalam talian yang akan berlangsung pada 16 Julai jam 8.00 malam waktu tempatan menerusi platform online pengedar-pengedar sah Porsche.

Seperti yang diumumkan pada pertengahan tahun lalu, Porsche 718 Cayman GT4 dan Porsche 718 Spyder merupakan versi flagship yan gmembawakan nadi flat-six aspirasi natural dengan angka output 420 PS dan 420 Nm daya kilas serta transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Dari segi prestasi, ia mampu memecut sepantas 4.4 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan maksimum 304 km/j untuk model GT4 manakala model 718 Sypder pula adalah 301 km/j.

Acara pelancaran rasmi kedua-dua model tersebut boleh disaksikan menerusi pautan berikut:

Porsche Centre Sungai Besi
Porsche Centre Pulau Pinang
Porsche Centre Ara Damansara

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sebagai satu-satunya barisan model Porsche yang menampilkan konsep enjin tengah (mid-engine),…