Pelancaran rasmi Honda CBR250RR 2021 18 Disember ini!

oleh Mohamad Hanif|
Satu lagi berita menarik hadir dari Boon Siew Honda Malaysia di mana mereka bakal melancarkan sebuah lagi model baharu bagi menutup tirai 2020, iaitu Honda CBR250RR.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, beberapa pengedar rasmi Honda telah pun membuka tempahan bagi model sportbike bersesaran 250cc itu semenjak awal bulan Oktober yang lalu.

 


Pihak Boon Siew Honda juga turut menjamin spesifikasi jentera ini akan mengikut versi facelift yang telah dilancarkan pada Julai lalu, dengan enjin 250cc yang menghasilkan 41 PS @ 13,000 rpm dan 25 Nm @ 11,000 rpm daya kilas.

Antara ciri menarik yang bakal hadir termasuklah sistem quickshifter, klac assist/slipper, sistem pendikit ride-by-wire, dan beberapa mod tunggangan yang boleh dipilih.

Harus diingat, sebagai perbandingan harga jualan di pasaran Jepun bermula dari 821,700 yen atau RM32 ribu mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

 


Menurut siasatan daripada rakan media Bikes Republic, harga jualan anggaran untuk jentera CBR250RR ini sepatutnya lebih rendah daripada julat RM30,000.

Untuk para peminat dan pengikut tegar Honda CBR250RR, saksikan ruang ini kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…
Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…