Pelancaran rasmi Lexus LM 2021 15 April ini, empat tempat duduk, enjin V6 3.5 liter

oleh Mohamad Hanif|
Lexus Malaysia akan melancarkan secara rasmi sebuah model MPV mewah baharu, Lexus LM 2021 pada 15 April ini setelah kira-kira empat bulan membuka tempahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, Lexus LM bakal hadir dalam varian LM 350, didatangkan dengan enjin 2GR-KFS 3.5 liter bentangan V6  yang menghasilkan 296 kuasa kuda dan 360 Nm, pacuan roda depan serta padanan transmisi Direct-Shift lapan kelajuan.

 


Untuk pasaran Malaysia, Lexus LM didatangkan dalam konfigurasi empat tempat duduk sahaja, di mana tempat duduk baris kedua didatangkan dengan tempat duduk Adaptipedic yang boleh dibaringkan serta hadir dengan ciri urutan Ottoman.

Memisahkan ruang tersebut dengan kabin pemandu adalah 'dinding' yang menempatkan skrin HD penuh bersaiz 26 inci, serta tingkap kaca yang boleh dinaikkan atau diturunkan untuk tujuan privasi.

 


Untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat, Lexus LM 350 dilengkapi dengan tujuh beg udara, serta ciri keselamatan Lexus Safety System+ yang merangkumi komponen seperti

    Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
    Kawalan Pemanduan Radar Dinamik (DRCC)
    Bantuan Pengesan Laluan (LTA)
    Amaran Keluar Laluan (LDA)
    Sistem Suluhan Tinggi Adaptif (AHS)
    Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)

Seperti yang diumumkan sebelum ini, harga jualan anggaran Lexus LM bermula dari RM1,148,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…
Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…