Pelancaran rasmi Nissan Z 17 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Nissan akan melancarkan secara rasmi kereta sports pacuan roda belakang generasi baharu Nissan Z pada 17 Ogos ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, pengeluar dari Jepun itu turut memuatnaik teaser yang memaparkan beberapa bahagian pada kereta sports itu seperti unit lampu hadapan dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk bulat, garisan bumbung yang melandai ke belakang, serta logo Z besar pada tiang C.

 


Seperti yang kita ketahui sebelum ini, rekaan versi produksi Nissan Z juga tidak begitu lari jauh dengan versi Nissan Proto Z berdasarkan gambar bocor yang diperoleh beberapa bulan yang lalu.

Dari segi kuasa, Nissan Z bakal dilengkapi dengan enjin 3.0 liter bentangan V6 turbo berkembar (kod enjin VR30DDTT) menghasilkan 400 kuasa kuda dan 475 Nm daya kilas maksimum.

Tidak seperti yang diberitakan sebelum ini, Nissan Z juga tidak akan memakai kod nama 400Z seperti yang digembar-gemburkan, manakala pasaran Jepun pula dijangka akan  menggunakan semula nama Fairlady Z.

Nantikan pelancaran rasmi Nissan Z 2022 pada 17 Ogos ini jam 8 malam ET (atau 18 Ogos jam 8 pagi).

Baca: Nissan Proto Z

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…