Pelancaran rasmi Porsche 911 Speedster dalam talian 2 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pengimport rasmi kenderaan berjenama Porsche mengumumkan ketibaan model 911 Speedster serba baharu pada 2 Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran model tersebut akan dibuat menerusi laman rasmi Facebook dan Instagram Porsche Malaysia, serta laman web rasmi pengedar pada jam 8.00 malam.

Porsche 911 Speedster merupakan model yang menggandingkan aspirasi kenderaan berorientasikan pemandu dengan teknologi sukan permotoran yang sesuai digunakan untuk kegunaan seharian.

Dari segi pecutan, ia mampu memecut sepantas 4.0 saat dari 0-100 km/j, terima kasih kepada penggunaan nadi boxer 4.0 liter yang menghasilkan 510 kuasa kuda dan gandingan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Porsche 911 Speedster membawakan visual yang mengingatkan kita kepada model 356 Roadster 'No.1' tahun 1948 yang terhad kepada 1,948 unit di seluruh dunia.

Para pelanggan boleh mendapatkan opsyen pakej dua tona Heritage Design yang dihasilkan secara eksklusif oleh Porsche Exclusive Manufaktur yang membawakan elemen klasik era 1950 dan 1960-an, serta mendekatkan pemandu kepada tunjang utama sejarah sukan permotoran Porsche.

Spesifikasi lanjut, serta harga jualan hanya akan diumumkan sewaktu pelancaran pada jam 8.00 malam 2 Jun ini di Facebook, Instagram serta laman web pengedar rasmi Porsche Sungai Besi, Pulau Pinang, dan Ara Damansara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa, kerjasama itu memupuk dialog dengan jurugambar wanita…
Berita Domestik
Jika dilihat semula pada sejarah jenama Porsche 75 tahun dahulu, ia merupakan sebuah impian yang…
Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…