Pelancaran rasmi Toyota Corolla Altis 2019 tidak lama lagi!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Thailand, jiran terdekat Indonesia pula bakal menerima unit Toyota Corolla generasi baharu yang disasarkan pelancarannya pada 12 September.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, usah dilupakan negara kita sendiri apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd secara rasminya juga bakal membawakan sedan segmen C generasi baharu itu untuk pasaran Malaysia!

Kami jangkakan UMW Toyota akan membawakan spesifikasi yang serupa seperti apa yang dilancarkan di Thailand, Toyota Corolla Altis dijangka membawakan unit yang dilengkapi dengan enjin 1.8 liter 2ZR-FBE (140 PS/177 Nm), serta enjin 1.6 liter 1ZR-FBE (125 PS/156 Nm).
 


Ada kemungkinan juga pasaran tempatan akan menerima unit hibrid yang dilengkapi enjin 1.8 liter 2ZR-FXE (98 PS/142 Nm) yang digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 72 PS/122 Nm. 

Toyota Corolla Altis generasi ke-12 dibangunkan menggunakan platform TNGA yang menjadi asas kepada model-model lain seperti C-HR, Prius dan juga sedan segmen D, Camry. 

Dari segi dimensi, ia lebih panjang 10 mm, lebih lebar 5 mm dan 45 mm lebih rendah berbanding Toyota Corolla Altis generasi terdahulu. 

 

imej spesifikasi yang tertiris 


Ruang dalaman pula hadir dengan reka bentuk papan pemuka yang moden, terdiri daripada skrin paparan tengah bersaiz lapan inci, kluster meter digital tujuh inci, paparan head-up, ciri sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem pendingin hawa dua zon.

Tidak ketinggalan, ciri keselamatan Toyota Safety Sense merangkumi ciri seperti brek kecemasan autonomi, kawalan pelayaran adaptif kelajuan penuh, amaran penukaran laluan, bantuan kekal laluan serta bantuan suluh automatik yang kami kira akan dilengkapkan pada varian Corolla Altis yang tertinggi. 
 


Harga jualan di Thailand bermula dari 829,000 Baht (RM114,100) untuk varian 1.6L Limo sehinggalah kepada 1,099,000 Baht (RM151,200) untuk varian Hybrid High. 

Sebagai perbandingan, Corolla Altis generasi kesebelas yang dijual sebelum ini mempunyai tanda harga bermula dari RM120,000 untuk varian 1.8E sehinggalah RM138,000 untuk varian tertinggi 2.0V.
 


Dalam usaha UMW Toyota memupuk masyarakat dengan jenama Gazoo Racing, ada kemungkinan juga Toyota bakal membawakan varian GR Sport yang hadir dengan enjin 1.8 liter itu, selain daripada Toyota GR Supra yang bakal hadir dalam bulan ini. 

Ini adalah andaian semata-mata, jadi tunggu dah lihat sahajalah bagaimana UMW Toyota bakal membawakan saingan kepada Honda Civic dan juga Mazda3 yang baharu sahaja dilancarkan tahun ini. 

Sumber gambar dari Toyota Thailand

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam tempoh 55 tahun, Corolla telah membuktikan keampuhannya dengan lebih 50 juta unit telah…
Informasi
  Di bawah ialah senarai komponen yang telah diganti oleh Cin sepanjang usia Altis beliau yang…
Berita Global
Daripada 12 kategori tersebut, lima kategori telah dimenangi oleh Toyota menerusi anugerah berikut…