Pelancong asing ke Bali bakal dikenakan caj RM441 sehari

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Menurut laporan media, pihak berkuasa Bali merancang untuk menaikkan cukai pelancongan dan mengenakannya secara harian, dengan pelancong asing sehingga RM441 sehari untuk melawat pulau tersebut.

Laporan tersebut menyatakan bahawa beberapa pemimpin Bali mahu mengikuti model dari negara Bhutan yang mengenakan caj AS$100 (RM441) sehari kepada setiap pelancong asing dewasa.

Buat masa ini, Bali mengenakan bayaran kemasukan sebanyak 150,000 rupiah (RM45) kepada pelancong asing sejak Februari 2024 bagi menyokong pemuliharaan budaya dan alam sekitar pulau itu.

Cadangan cukai harian ini dijangka menjadi langkah tambahan untuk mengawal jumlah pelancong serta memastikan pertumbuhan sektor pelancongan yang lebih berkualiti. 

Gabenor Bali, Wayan Koster, menyokong rancangan ini sejak 2023 sebagai langkah mengawal kemasukan pelancong tahunan, dalam usaha menangani kesesakan dan kesan negatif lonjakan pelancong ke pulau itu tersebut.

Bekas Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno, turut pernah mencadangkan model serupa bagi memastikan pertumbuhan sektor pelancongan yang lebih lestari.

Agensi