Pelancong Malaysia kena 'sembelih' dengan teksi motosikal, bayar RM61.90 untuk perjalanan 2 km

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang penunggang teksi bermotosikal di wilayah selatan Songkla, Thailand berkata beliau telah 'merompak' seorang pelancong Malaysia hanya kerana mesin basuhnya rosak.


Penunggang teksi itu mendakwa bahawa ini adalah kali pertama beliau mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan selepas menuntut 500 baht (RM61.90) daripada pelancong yang terkandas untuk perjalanan sejauh hanya dua kilometer sahaja!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Seorang anggota Majlis Perbandaran Hat Yai, Suppawit Maneechot melaporkan kejadian itu di Facebook pada Isnin, 10 Oktober. 


Suppawit mendedahkan bahawa dia menerima aduan mengenai penunggang teksi motosikal warga Thailand itu dari seorang pelancong Malaysia.


Pelancong tersebut memberitahu Suppawit bahawa keretanya telah disita dan perlu membayar denda di Balai Polis Mueng Had Yai untuk mengeluarkan pengapit itu. 


Warga Malaysia tersebut telah menahan penunggang teksi motosikal berhampiran, yang kemudian menuntut 500 baht untuk membawanya ke balai polis.


Suppawit mendedahkan jarak dari kereta pelancong ke balai polis adalah kira-kira dua kilometer sahaja dan tambang sebenar sepatutnya hanya 100 baht sahaja untuk perjalanan pergi dan balik dan bukan 500 baht!

 

gambar hiasan

 

Pada Selasa lalu Inspektor Polis Trafik, Sittichai Pradap telah menahan suspek penunggang teksi motosikal tersebut, Noppakhun Nuchmuang, 52 tahun.


Sittichai membuat kenyataan bahawa Noppakhun pada mulanya menolak dakwaan 'merompak' tersebut tetapi sebaliknya mengatakan bahawa pelancong Malaysia itu tidak membantah dengan bayaran 500 baht tersbut dan menyatakan bahawa ia adalah tip. 


Tetapi beliau kemudian mengakui jenayahnya selepas polis memberi amaran bahawa dia boleh dipenjarakan kerana membuat kenyataan palsu.


Dalam keterangan Noppakhun, beliau mengaku tiada penumpang pada hari tersebut dan apabila  melihat warga Malaysia itu dalam keadaan terdesak, beliau menawarkan perkhidmatannya dengan bayaran tambang yang melambung.


Walaubagaimana pun Noppakhun berkata beliau tidak mengancam pelancong tersebut. 


Beliau turut mendakwa selama 21 tahun bertugas sebagai penunggang teksi bermotosikal ini adalah kali pertama beliau 'merompak' pelanggan hanya disebabkan kerosakkan mesin basuhnya dan memerlukan wang untuk membaikinya. 


Noppakhun turut menyatakan penyesalannya dan ingin memohon maaf kerana telah merosakkan reputasi baik daerah Hat Yai.


Walaubagaimana pun Noppakhun akan didakwa mengikut Seksyen 159 Akta Pengangkutan Darat, mengutip bayaran pengangkutan melebihi tambang standard dan boleh didenda sehingga 5,000 baht (RM619.00).


Pegawai penguatkuasa juga turut mengesan bahawa motosikal Noppakhun tidak ada cukai yang sepatutnya, dan denda tambahan sebanyak 2,000 baht turut dikenakan ke atas beliau.


Pihak polis turut berkata bahawa mereka sedang mempertimbangkan tindakan untuk menggantung lesen pengangkutan awamnya.

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…