Pelanggaran dua kapal di perairan Muar disebabkan sistem kemudi bermasalah

oleh SALINA JALIL|
Kegagalan sistem kemudi dipercayai menjadi punca pelanggaran dua kapal di perairan Muar jam 12.03 tengah malam tadi.


Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata kapal MV Galapagos yang berdaftar dari Malta dilaporkan mengalami kegagalan sistem kemudi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, ia dikatakan bergerak ke kanan sehingga menghalang laluan kapal MV Zephyr Lumos yang sedang memintas MV Galapagos.

 

Katanya, MV Zephy Lumos yang berdaftar dari Great Britain, dipercayai gagal mengelak himpitan MV Galapagos lalu berlaku pelanggaran di sisi kanan kapal.

 

kapal berlanggar
gambar ihsan dari Maritim Malaysia

 

"MV Zephy Lumos membawa muatan kargo dalam pelayaran ke Terusan Suez dan dilaporkan terlanggar kapal MV Galapagos yang dalam pelayaran ke India di kedudukan 14.1 batu nautika barat daya Kuala Sungai Muar.

 

"Kru kedua-dua kapal dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan berdasarkan maklumat, MV Galapagos mempunyai 23 kru.

 

 

 

gambar ihsan dari Maritim Malaysia

 

"Siasatan awal Bot Kilat Maritim Johor ke atas kerosakan badan MV Galapagos mendapati berlaku tompokan tumpahan minyak," katanya dalam kenyataan semalam.

 

Beliau berkata, kedua-dua kapal ditahan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor bagi siasatan lanjut.

 

kapal langgar
gambar ihsan dari Maritim Malaysia

 

Terdahulu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat menerusi Maritime Rescue Coordinator Centre (MRCC) Putrajaya berhubung kejadian itu.

 

Maklumat diterima berkaitan isyarat kecemasan dari kapal kargo MV Zephyer Lumos manakala isyarat kecemasan kapal tangki MV Galapagos diterima menerusi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia.

 

 

kapal langgar 2
Gambar ihsan dari Maritim Malaysia -tumpahan minyak-

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata kejadian pada pukul 4.18 pagi itu berlaku di kedudukan 11.7 batu nautika barat…