Pelanggaran jejantas Pengkalan Weld: MBPP akan fail saman

oleh SALINA JALIL|
ajlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan menfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kerosakan jejantas di Jalan Pengkalan Weld, di sini.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancang Bandar dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo berkata pihak terbabit akan dikenakan denda serta dianggap melakukan kecuaian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“(Ganti rugi yang akan dituntut adalah termasuk) kerosakan terhadap keseluruhan jejantas sehingga menyebabkan ia terpaksa diroboh dan dialihkan kerana struktur jejantas tidak lagi selamat, dan semua kerugian yang dialami selepas itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

 

Semalam, sebuah treler membawa kren melanggar jejantas itu selepas muatan yang dibawa kenderaan itu tersangkut sehingga ia mengalami kerosakan teruk.

 

Kejadian pukul 4.15 petang itu berlaku selepas treler dari Tanjung Tokong dalam perjalanan ke Butterworth tersangkut pada jejantas yang had ketinggiannya lima meter.

 

Bagaimanapun, Jagdeep berkata beliau berasa lega kerana tiada mangsa yang cedera dalam insiden itu.

 

“Kerajaan negeri menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati kerana insiden sebegini boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa, yang mana kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur,” katanya.

 

Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata kerja-kerja pengalihan jejantas telah selesai pada kira-kira 11.45 pagi.

 

Beliau berkata Jalan Pelabuhan Weld telah ditutup sejak semalam demi keselamatan awam serta bagi membolehkan MBPP menjalankan proses pengalihan struktur jejantas yang telah rosak. “Sepatutnya kedua-dua laluan telah dibuka semula,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Yew berkata MBPP mungkin membina jejantas baharu.“Sebagai langkah jangka pendek, kita akan menyediakan lintasan belang dan lampu isyarat untuk pengguna jalan kaki secepat mungkin,” katanya.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian itu sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

 

Beliau berkata pemandu treler berusia 30-an itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan ujian air kencing lelaki itu juga mendapati ia negatif dadah.

 

"Kertas siasatan kes itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh terdekat dan siasatan kes itu dijalankan menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu serta berbahaya," katanya.

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Serbuan oleh Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP itu…
Berita Domestik
  "Idea ini dicadangkan oleh jurutera reka bentuk daripada MBPP dan pakar dari Institut…
Berita Domestik
  "MBPP telah meminta jurutera mengendalikan projek MBPP untuk mengemukakan penjelasan secara…