PELAPIK BREK YANG BAGUS IALAH …

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pertama sekali kita kena tahu apa itu pelapik brek (Brake Pad). Pelapik brek merupakan antara salah satu komponen di dalam sistem brek yang menggunakan brek cakera.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

-    Sistem brek memerlukan geseran untuk membolehkan kenderaan berhenti
-    Tugas pelapik brek adalah untuk menghasilkan geseran kepada unit rotor brek
-    Geseran berlaku apabila tekanan diberikan kepada Pelapik Brek oleh piston brek yang dikawal secara hidraulik
-    Pelapik Brek merupakan komponen yang dikelaskan sebagai komponen pakai lusuh, dimana ia akan haus/habis apabila sampai masanya

Jenis-Jenis Pelapik Brek

-    Terdapat 3 jenis Pelapik Brek yang berada di pasaran
-    Jenis tersebut adalah jenis Organik, Seramik dan "Metallic"

 

Jenis Organik

sumber gambar: Auto Evolution


-    Pada zaman dahulu, Pelapik Brek dibuat menggunakan bahan yang dikenali sebagai Asbestos
-    Bahan ini menjadi pilihan kerana kebolehupayaan untuk menyerap haba dengan baik dan kos bahan yang murah
-    Namun, dalam jangka masa yang panjang, bahan ini berbahaya kepada manusia kerana kandungan toksiknya yang tinggi dan mampu merosakkan sistem pernafasan manusia
-    Oleh itu, bahan ini dimansuhkan dan ditukar dengan bahan organik
-    Bahan ini lebih mesra alam dan masih mampu untuk melaksanakan tugasnya sebagai Pelapik Brek dengan baik
-    Bahan ini merupakan bahan yang lembut dimana ia memberikan pengalaman membrek dengan selesa dan tidak menghasilkan bunyi
-    Kenderaan juga akan berhenti dengan lancar dan tidak rasa terlalu mencengkam ketika brek
-    Walaupun tugasnya adalah memberikan geseran kepada rotor, disebabkan bahannya yang lembut, ia tidak menghakis unit brek rotor dengan banyak sekaligus memanjangkan usia brek rotor anda
-    Pelapik Brek jenis ini sesuai digunakan untuk pemanduan harian kerana harganya yang berpatutan dan tidak mengeluarkan bunyi
-    Kelemahannya adalah Pelapik Brek jenis ini cepat habis dan mengeluarkan debu yang banyak
-    Debu yang banyak ini semestinya menyakitkan mata pemilik apabila ia melekap di set rim mahal pemilik
-    Untuk penggunaan ekstrem seperti di litar lumba, Pelapik Brek jenis ini tidak disyorkan kerana ia cenderung untuk "Fade"
-    Hal ini disebabkan bahan organik tidak mampu menahan suhu yang terlampau tinggi

 

Jenis Seramik

sumber gambar: Auto Evolution


-    Pelapik Brek jenis seramik dibuat menggunakan bahan seramik dan dicampur dengan "Copper Fibers"
-    Pelapik Brek jenis ini adalah lebih baik daripada jenis organik dari segi kebolehupayaan
-    Kelebihan Pelapik Brek jenis ini adalah ia kurang menghasilkan habuk
-    Walaupun begitu, ia juga tidak menghasilkan bunyi bising ketika membrek
-    Campuran kompaun yang digunakan juga tidak lembut dan tidak keras. Yang sedang-sedang saja
-    Oleh itu, pengalaman membrek akan terasa lebih tegar jika dibandingkan dengan organik yang lembut
-    Disebabkan campuran kompaun ini juga, Pelapik Brek jenis ini adalah lebih tahan lama dan tidak perlu ditukar dengan kerap
-    Julat haba yang mampu ditampung Pelapik Brek jenis ini juga lebih tinggi daripada organik
-    Oleh itu, kebarangkalian terjadinya "Brake Fade" adalah lebih minima
-    Namun begitu, Pelapik Brek ini tetap mempunyai kekurangan
-    Antaranya ialah ia tetap mempunyai titik maksima terhadap julat haba yang mampu ditampung
-    Kebiasaannya julat maksima adalah sekitar 550° Celsius
-    Oleh itu, Pelapik Brek jenis ini masih tidak sesuai untuk dibawa ke litar lumba
-    Hal ini kerana di litar lumba, haba yang dihasilkan ketika membrek cenderung untuk melebihi julat 550° Celsius
-    Seterusnya adalah harga. Harga bagi "Brake Pads" seramik adalah mahal
-    Disebabkan itu hanya kebanyakan kenderaan mewah sahaja yang menggunakan Pelapik Brek jenis ini
 

Jenis "Metallic"

sumber gambar: Auto Evolution


-    Jenis "Metallic" kebiasaannya ada 2
-    "Low Metallic" dan "Semi Metallic"
-    "Low Metallic" mengandungi sekitar 10%-30% besi di dalamnya
-    "Semi Metallic" mengandungi sekitar 30%-65% besi di dalamnya
-    Disebabkan kandungan besi ini lah Pelapik Brek jenis ini mampu untuk mengawal haba dengan baik
-    Pelapik Brek jenis ini sesuai untuk digunakan pada aplikasi yang ekstrem seperti di litar lumba
-    Kebolehupayaannya dalam mengawal haba yang baik memang sangat-sangat diperlukan
-    Kekuatan cengkaman juga sangat sangat baik
-    Disebabkan itu kebanyakan jenama Pelapik Brek di pasaran menggunakan kompaun "Semi Metallic" bagi barisan model Pelapik Brek berprestasi tinggi mereka. Sebagai contoh jenama Brembo, Endless, Ferodo, dan EBC
-    Harganya pula masih di dalam kadar berpatutan untuk dimiliki
-    Namun begitu, kekurangan Pelapik Brek jenis ini adalah ia menghasilkan bunyi yang bising ketika membrek
-    Disebabkan kompaunnya bercampur dengan besi juga geseran yang dilakukan terhadap unit brek rotor akan mengakibatkan hakisan dengan sangat cepat
-    Oleh itu, unit brek rotor perlu ditukar dengan kadar yang kerap

 

Berapa Lama Pelapik Brek Boleh Bertahan?

sumber gambar: Hella


-    Sebenarnya soalan ini sangat subjektif
-    Ini kerana jangka hayat Pelapik Brek bergantung kepada beberapa faktor
-    Antaranya ialah Kompaun Pelapik Brek
-    Diatas sudah diterangkan tentang kompaun Pelapik Brek beserta kelebihan dan kekurangannya
-    Secara asasnya Pelapik Brek jenis seramik mempunyai hangka hayat yang paling panjang dan organik paling pendek
-    Seterusnya adalah faktor geografi
-    Sekiranya anda selalu memandu jarak jauh, kebergantungan kepada sistem brek juga semakin berkurang
-    Oleh itu jangka hayat Pelapik Brek juga akan berpanjangan
-    Sekiranya anda memandu di dalam kawasan bandar, terdapat banyak halangan seperti lampu isyarat, simpang dan juga kesesakan trafik
-    Halangan-halangan ini membuatkan kebergantungan terhadap sistem brek sangat tinggi
-    Oleh itu, jangka hayat Pelapik Brek akan semakin berkurang
-    Seterusnya adalah berat kenderaan anda
-    Kenderaan yang berat memerlukan lebih tekanan dan geseran bagi membolehkan ia berhenti
-    Disebabkan itu kenderaan seperti SUV dan MPV mempunyai jangka hayat Pelapik Brek yang singkat
-    Lebih-lebih lagi jika kenderaan seperti ini sering dipandu laju
-    Bukan apa, sekarang sudah banyak SUV dan MPV yang berkuasa tinggi. Semestinya pemilik gemar memerah segala kuasa kuda yang dihasilkan
-    Oleh itu, kena sentiasa berwaspada dengan keadaan Pelapik Brek anda
-    Biar kereta tak boleh jalan daripada kereta tak boleh berhenti. Haru jadinya
 

Bagaimana Untuk Mengetahui Keadaan Pelapik Brek?


-    Pelapik Brek yang telah haus/nipis sebenarnya boleh diketahui dengan pelbagai cara
-    Salah satunya adalah dengan pemeriksaan visual
-    Anda boleh ambil lampu suluh dan suluhkan ke arah Pelapik Brek
-    Anda akan nampak keadaannya sama ada sudah nipis atau masih boleh digunakan
-    Seterusnya adalah terasa gegaran ketika membrek
-    Bila terasa gegaran, ada 3 kebarangkalian iaitu sistem ABS berfungsi, Pelapik Brek telah habis ataupun permukaan unit brek rotor sudah tidak rata ataupun bengkok
-    Jika terjadi situasi seperti ini, sebaiknya bawa ke bengkel untuk melakukan pemeriksaan lanjut
-    Di bengkel mekanik akan memeriksa satu-persatu komponen brek anda dan anda sendiri akan dapst melihat keadaan sebenar brek anda
-    Seterusnya adalah bunyi ketika membrek
-    Sekiranya anda menggunakan Pelapik Brek jenis "Semi Metallic", pasti anda sudah terbiasa dengan bunyi yang dihasilkan
-    Namun begitu, sentiasa lah periksa keadaan Pelapik Brek anda
-    Hal ini kerana Pelapik Brek yang sudah habis juga akan menghasilkan bunyi
-    Ini disebabkan sudah tiada lagi kompaun Pelapik Brek yang bersentuhan dengan brek rotor
-    Yang ada hanyalah "Backing Plate" pada Pelapik Brek
-    Sekiranya ini terjadi, periksa juga keadaan brek rotor kerana kemungkinan besar permukaan brek rotor akan tercalar akibat geseran

 

Bagaimana Nak Memilih Pelapik Brek Yang Sesuai?


-    Pertama sekali adalah lihat pada bajet anda. Sekiranya tidak berapa tinggi, boleh pertimbangkan untuk menggunakan jenis organik. Sekiranya tinggi, boleh pertimbangkan untuk menggunakan jenis seramik
-    Seterusnya adalah tahu jenis kenderaan anda. Anda sendiri yang tahu sama ada anda memandu kereta "Hatchback", Sedan, SUV atau MPV
-    Lagi satu adalah kuasa kenderaan anda. Anda saja yang tahu
-    Lebih berat dan lebih berkuasa kenderaan itu , lebih tinggi tekanan yang yang diperlukan untuk membrek
-    Jika memerlukan tekanan yang tinggi, adalah digalakkan menggunakan Pelapik Brek jenis seramik berbanding organik
-    Seterusnya aplikasi pemanduan
-    Sekiranya hanya dipandu untuk pemanduan harian, cukuplah sekadar organik dan seramik
-    Tetapi sekiranya di litar lumba, dinasihatkan menggunakan Pelapik Brek jenis "Semi Metallic"
-    Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya "Brake Fade" ketika membrek
-    Pelapik Brek jenis "Semi Metallic" mampu mengawal haba yang tinggi dan mengelakkan "Brake Fade" daripada berlaku

 

Ada Tak Pelapik Brek Yang Sesuai Untuk Semua Kegunaan Dan Harga Yang Murah?

-    Tiada

 

Jenama Apa Yang Bagus?

-    Soal jenama ini terlalu subjektif sebenarnya
-    Hal ini kerana terlalu banyak jenama Pelapik Brek di pasaran
-    Oleh itu, sebelum membeli apa-apa jenama Pelapik Brek, kena ambil tahu kriteria-kriteria seperti jenis kompaun serta julat haba yang mampu ditampung
-    Yang mahal ada, yang murah ada. Kalau poket nipis, pakai sahaja jenama pengeluar atau OEM
-    Kalau poket tebal, boleh cari jenama "Aftermarket" terkenal seperti Brembo, Endless, Ferodo dan Project Mu
 


Rumusan

-    Seiring dengan masa dan teknologi, kebanyakan pengeluar Pelapik Brek mampu untuk mengeluarkan Pelapik Brek berkualiti tinggi dengan harga yang murah
-    Ambil tahu kriteria-kriteria yang disebutkan diatas supaya anda tahu tahap kemampuan Pelapik Brek anda
-    Apa pun jenama yang anda pakai, pastikan ia tulen. Keberkesanan produk tiruan adalah meragukan dan mungkin mampu meragut nyawa anda dan orang tersayang
-    Sentiasa berwaspada keadaan Pelapik Brek anda
-    Kegagalan Pelapik Brek berfungsi dengan baik mampu mengundang bencana kepada anda dan pengguna jalanraya yang lain
-    Ketika menukar Pelapik Brek, ingatkan mekanik untuk memeriksa komponen-komponen sistem brek yang lain seperti "Brake Caliper Piston", "Brake Rotor", "Brake Hose" dan "Brake Fluid"
-    Ini kerana sistem brek beroperasi dengan gabungan beberapa komponen bersama, satu komponen gagal berfungsi dengan baik akan mengganggu kelancaran operasi keseluruhan sistem
-    Akhir kata, Pelapik Brek yang bagus ialah Pelapik Brek tulen dan sesuai dengan aplikasi penggunaan

Penulis: Ahmad Omar

Penulis merupakan seorang pengarah urusan pusat servis kenderaan. Beliau berpengalaman bertugas sebagai mekanik, penasihat teknikal dan pengurus pemasaran di dalam dan luar negara. Beliau juga berpengalaman di dalam mengendalikan jentera-jentera mewah dari Itali, Jerman, UK dan Jepun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Emerald-Brembo merupakan satu-satunya pengedar rasmi produk BREMBO di Malaysia yang membekalkan…