Peloton perkenal sistem swapandu pintar - kawal dua buah lori treler pada satu-satu masa

oleh Mohamad Hanif|
Industri pengangkutan barangan kargo dan treler sudah mengalami masalah kekurangan pekerja yang sangat serius, dan kini semakin terancam kerana pengenalan trak berteknologi swapandu yang lebih pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat seperti Volvo sudah pun mula menguji tahap pemanduan trak swapandu mereka di beberapa lokasi dan pendekatan yang sama digunakan oleh sebuah syarikat berpengkalan di California. 

Peloton (bukan Proton versi pelat mengikut pahlawan papankunci Facebook) membangunkan sebuah teknologi swapandu Automated Following yang digelar sebagai Platoon Pro - sistem Peloton Tahap Pertama (Level 1).

 


Ciri ini membolehkan seorang pemandu mengawal dua buah trak dalam satu-satu masa menggunakan sistem pemanduan berasaskan radar dan sistem komunikasi kenderaan-ke-kenderaan (V2V). 

Ini bermakna, trak yang mengekori di belakang mampu 'meniru' apa jua pergerakan yang dilakukan oleh pemandu hadapan seperti pecutan, brek dan kawalan stereng di sepanjang perjalanan. 

Dan dengan konfigurasi pergerakan konvoi seperti sebuah keretapi, syarikat pengendali barangan kargo mampu menjimatkan bahan api sebanyak 10 peratus disebabkan manfaat aerodinamik yang diperoleh. 
 


Menurut Peloton, pendekatan PlatoonPro yang dibuat ini mampu meningkatkan lagi kadar produktiviti dan dalam masa yang sama memanfaatkan teknologi pemanduan autonomi yang semakin maju. 

Sehingga kini, terdapat enam buah syarikat yang sedang beroperasi menggunakan sistem yang dibangunkan oleh Peloton. 

Sumber: Peloton