Peluang menangi Proton X50 dengan 'Petron Fuel Champs! MyDebit je bersama kad ATM anda'

oleh SALINA JALIL|
Petron Malaysia bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan pertandingan ‘Petron Fuel Champs! MyDebit Je bersama Kad ATM anda’ untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan mengisi bahan api menggunakan kad ATM MyDebit mereka.


Dengan pembelian bahan api minima RM5 di Petron, pemegang kad ATM MyDebit berpeluang memenangi sebuah kereta model terbaru dari Proton, Proton X50 1.5T Executive dalam cabutan hadiah utama.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dua pemenang hadiah tempat pertama akan memenangi sebuah motor Yamaha MT-25 setiap seorang sementara tiga pemenang hadiah kedua pula akan membawa pulang TV QLED Samsung 65 inci. 

 


Sepuluh pemenang hadiah saguhati akan menerima mata ganjaran Petron Miles yang bernilai sehingga RM700. Semua pemenang juga akan turut akan menerima jersi bola sepak antrabangsa edisi terhad. 

 

Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama sekali lagi bersama PayNet untuk memberi kesedaran mengenai kemudahan membayar menggunakan MyDebit. Banyak hadiah lumayan menanti pelanggan kami termasuk sebuah kereta baru, dengan hanya mengisi minyak menggunakan kad ATM MyDebit mereka di stesen minyak kami.”

 

MyDebit merupakan satu-satunya skim kad di Malaysia yang tidak menahan RM200 di pam minyak.

 

Apabila rangkaian stesen minyak menerima pembayaran melalui MyDebit, pelanggan boleh menetapkan harga pembelian minyak dan hanya jumlah itu sahaja yang akan ditahan semasa pengisian.

 

Jika pelanggan mengisi minyak kurang daripada jumlah yang ditetapkan, lebihan jumlah akan dikreditkan semula kepada akaun bank sejurus selepas pengisian minyak selesai. 

 

 

Disamping hadiah-hadiah utama yang ditawarkan, enam pemenang akan dipilih setiap bulan sepanjang tempoh promosi. 

 

Pada bulan Ogos, tiga pelanggan bertuah telah memenangi hadiah tempat pertama, membawa pulang jersi bola antarabangsa yang telah ditandatangani dan tiga pemenang hadiah kedua pula menerima mata ganjaran PMiles bernilai RM500.

 

Enam pemenang bulanan akan dipilih untuk bulan September dan Oktober. Semua pemenang juga mempunyai peluang untuk menyertai perjumpaan secara maya bersama pemain bola sepak Polish lagenda, Jerzy Dudek.

 

Pertandingan ‘Petron Fuel Champs! MyDebit Je with your ATM Card’ berlansung bermula 1 Ogos sehingga 30 Oktober 2021. 

 

Pelanggan hanya perlu membuat pembelian RM5 menggunakan kad ATM mereka di pam minyak and hantarkan resit pembelian mereka melalui Whatsapp di 019-388 6733, atau Whoop App. Whoop App boleh dimuat turun dari Apple Store atau Google Play Store.

 

Pelanggan boleh menghantar lebih dari satu penyertaan kerana setiap bukti pembelian mewakili satu penyertaan. 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Namun, kereta yang sarat dengan ciri keselamatan termaju tidak akan berguna sekiranya anda…
Berita Domestik
Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie berkata, "tahun 2022 menyaksikan pandemik yang melanda…
Berita Domestik
Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana,…