Minggu lalu, GWM Malaysia telah mengumumkan harga jualan bagi Tank 300 ini yang diimport sepenuhnya (CBU) dari China, dan dijual pada harga RM 250,000 (OTR) tanpa insurans dengan empat pilihan warna menawan: Dusk Orange, Fossil Grey, Crystal Black, dan Pearl White.
Acara ini bakal memberi peluang kepada orang awam untuk merasakan sendiri cabaran dan halangan laluan yang direka khas bagi mempamerkan kebolehan dan kemampuan GWM TANK 300 sebagai pilihan SUV ‘off-road’ yang ideal.
Selain itu, para peserta juga akan menerima latihan daripada tenaga pengajar profesional mengenai kaedah dan teknik untuk menguasai pelbagai cabaran yang lasak semasa pengembaraan pemanduan.
Terbuka untuk orang awam, sesi pandu uji ini mempunyai pelbagai halangan mencabar untuk ditakluki dengan GWM TANK 300 seperti Log Bridge, Axle Twister, Ridge Crossing, Log Track, Hill Descent, Hill Climb dan sebagainya.
Selain itu, tawaran hadiah eksklusif daripada GWM turut menanti para peserta yang menyertai acara ini.
Untuk menempah slot sesi pandu uji ‘off-road’, sila RSVP di:
https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9
@caretamalaysia GWM TANK 300 - FIRST TEST TERUS LENJAN KAT M4TREC! SUV bikin kacau. Atas jalan cemerlang. Off-road pun A. Interior smart gila. Power enjin nais-nais. Harga pun boleh bincang. Next kami akan test lagi keter kebal ni untuk dilanyak cukup-cukup. Nak test kat mana eh? Sabah? Sarawak? #GWM #TANK300 #M4TREC ♬ original sound - CaretaMalaysia