Menurut laporan South China Morning Post, pembuat EV dari kota Shanghai, Nio telah membina sebanyak 3,000 pusat penukaran bateri di seluruh negara itu.
Nio juga akan berkolaborasi dengan Geely, jenama kenderaan penumpang kedua terbesar di China dan juga pembuat bateri negara itu, CATL untuk terus mempromosikan teknologi penukaran bateri EV.
CATL dikatakan akan membina 1,000 stesen penukaran bateri EV dalam tahun ini sahaja.
Cara ini mampu menurunkan harga EV kerana bateri hanya akan disewa oleh pemilik kenderaan. Namun begitu, pelaburan prasarana oleh pengilang dan kerajaan bakal meningkat kerana perlu membina stesen penukaran bateri yang besar dan kompleks (ramai tak tahu bahawa bateri perlu disimpan dalam ruang dengan suhu terkawal).
Samada Nio, Geely atau CATL akan melabur untuk membuat stesen yang sama di pasaran negara lain, itu ialah satu persoalan yang perlu ditanya.
BYD pula mempamerkan dua kenderaan EV dengan teknologi Super e-Platform yang mempunyai tenaga pengecasan puncak setinggi 1,000 kilowatt (kw) atau 1 Megawatt (Mw) ketika pameran automotif Shanghai tempohari.
Cara BYD ini lebih murah untuk negara kerana ia tidak memerlukan pelaburan infrastruktu yang terlalu besar dan hanya perlu memastikan jumlah tenaga elektrik mencukupi.
Kedua-dua sistem itu sebenarnya boleh wujud serentak kerana ia tidak menggangu antara satu sama lain.
Dalam tahun 2024 sahaja, sebanyak 10.9 juta kenderaan EV terjual di China. Ia termasuk kenderaan elektrik sepenuhnya dan juga kenderaan PHEV.
Laporan lengkap di South China Morning Post.