Pemancing tayang ikan 39kg diikat belakang kereta dicari polis

oleh Penyumbang Rencana|
foto South China Morning News
Seorang lelaki di selatan China menjadi tular selepas aksinya menayangkan seekor ikan kap gergasi yang diikat pada bahagian belakang keretanya dirakam dan dikongsikan di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan pengguna internet.

Bagaimanapun, polis trafik di Guigang, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang memaklumkan bahawa lelaki itu bakal dikenakan hukuman atas 'tingkah laku tidak wajar' yang boleh mengancam keselamatan jalan raya.

Menurut laporan, lelaki terbabit mengikat kepala dan ekor seekor ikan sepanjang satu meter dengan anggaran berat melebihi 30 kilogram (kg) pada keretanya sebelum memandu mengelilingi bandar pada 15 Mei lalu.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Ji, ikan tersebut dipercayai ditangkap dari Empangan Pingtianshan yang berdekatan.

Difahamkan, lelaki itu kemudiannya mengaku di media sosial bahawa tangkapannya seberat 39.5kg dan telah dijadikan bebola ikan untuk dinikmati bersama keluarga pada hari yang sama.

Pihak berkuasa kini sedang menimbang untuk mengenakan denda atau memotong mata lesen memandu lelaki terbabit.

Menurut peraturan keselamatan jalan raya China, objek yang tergantung pada kenderaan tidak boleh melebihi 0.5 meter.

Netizen rata-rata terhibur dengan insiden itu.

 

SouthChinaMorningPost

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, penutupan laluan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987…
Berita Domestik
"Kejadian berlaku pada jam 5.40 petang Khamis apabila suspek gagal memberikan kerjasama untuk…
Berita Domestik
Dalam pada itu, katanya empat kenderaan dikenakan tindakan tunda serta 2,784 kenderaan diperiksa…