Pemandu 22 tahun rempuh rekrut polis yang sedang berlatih, 25 cedera (video di bawah)

oleh Penyumbang Rencana|
Seramai 25 rekrut polis cedera semasa latihan apabila sebuah kenderaan merempuh mereka di selatan negeri California barat AS pagi Rabu, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.


Laporan sebelum ini berkata 23 cedera apabila pemandu berusia 22 tahun itu memasuki laluan yang salah dan merempuh sekumpulan 75 rekrut yang berlari dalam formasi ketika latihan.

 

Lima daripada yang cedera dalam keadaan kritikal, empat dalam keadaan stabil manakala 16 cedera ringan, kata Syerif Daerah Los Angeles Alex Villanueva.

 

Kenderaan itu berubah haluan menghala ke arah kumpulan rekrut dari Jabatan Syerif Daerah Los Angeles dan beberapa jabatan polis lain di California Selatan pada sekitar 6:20 pagi waktu tempatan (1420 GMT) di Whittier, kata Villanueva pada sidang akhbar.

 

Pegawai berkata pemandu muda itu mengalami kecederaan ringan dan ditahan di tempat kejadian.

 

Villanueva berkata pemandu itu melepasi ujian mabuk dan punca kemalangan "masih tidak diketahui buat masa ini."

 

Video di bawah:

 

 

--BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan…
Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota petugas di pusat kawalan Ibu Pejabat…
Berita Domestik
"Kekuatan penugasan pada operasi kali ini membabitkan lebih 200 pegawai dan anggota dari jabatan…