Pemandu A-Class kantoi tak bayar tol AKLEH 45 kali, nilai tunggakan cecah RM275.65

oleh Mohamad Hanif|
Mampu pandu kereta mewah jenis Mercedes-Benz A-Class, tapi masih culas bayar tol.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Seorang pemandu wanita telah ditahan di plaza tol Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH) kerana didapati tidak membayar tol sebanyak 45 kali!

Menurut akaun Twitter pengendali lebuh raya, PROLINTAS AKLEH menjelaskan pemandu wanita itu telah diarahkan untuk melangsaikan baki tertunggak berjumlah RM275.65 serta-merta.

PROLINTAS dalam masa yang sama turut menasihatkan orang ramai supaya tidak meniru aksi yang tidak bermoral ini kerana "anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain."

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut beliau kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Audi TT yang dari arah Jalan Dato’…
Berita Domestik
Tertuduh, P Kuhan Raj, 31, yang juga peniaga kedai telefon bimbit bagaimanapun mengaku tidak…
Berita Domestik
Kejadian berlaku pada jam 1.45 petang, penunggang motosikal berusia 19 tahun disahkan meninggal…