Pemandu Australia berusia 22 tahun ditahan, pandu VW Golf R dengan kelajuan 280 km/j !

oleh Penyumbang Rencana|
Pada 7 November 2022 bertempat di Hume Motorway, Mittagong, polis New South Wales telah menahan seorang pemandu berusia 22 tahun yang memandu sebuah Volkswagen Golf R MK7 berwarna biru dengan kelajuan 280 km/j !
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti kebanyakan lebuh raya di Malaysia, had laju yang dibenarkan untuk lebuh raya di Hume Motorway ialah 110 km/j sahaja.

Polis New South Wales berkata, pemandu berusia 22 tahun itu telah diberi notis untuk hadir ke sesi mahkamah atas tuduhan memandu laju dan berbahaya. Lesen memandu lelaki itu turut ditarik.

Volkswagen Golf R MK7 merupakan salah satu kereta penumpang berkuasa tinggi yang menjadi kegilaan jejaka berjiwa kelajuan. Ianya dikuasakan dengan enjin 2.0 liter yang menghasilkan 261 HP dan 380 Nm bersama pacuan AWD.

Dengan modifikasi yang tepat, Golf R sebenarnya boleh menghasilkan kuasa sehingga 500 HP! 

 

Sumber: Carscoops
Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Global
Untuk membangkitkan semula semangat jentera off-road yang hilang, syarikat Delta 4x4 tampil dengan…
Berita Global
Masuk generasi kesembilan, Golf akan berubah menjadi keluarga kereta elektrik sepenuhnya yang akan…