Pemandu Axia cedera bertembung kereta polis

oleh SALINA JALIL|
Seorang wanita cedera selepas kereta dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah kereta polis di Kilometer 88, Jalan Kluang-Kota Tinggi, Kluang semalam.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

 

 

Kemalangan pada pukul 3.35 petang itu mengakibatkan Lau Lee Sin, 25, dari Taman Kampung Majid di sini cedera dan keretanya terbalik.

 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, anggota polis yang memandu kereta, Lans Koperal Muhammad Noorfadzlee Mohd. Fozei, 33, dan Sarjan Mohd. Azharuddin Md. Rodzi, 35, tidak cedera.

 

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta polis berkenaan dari arah Kluang menghala Kota Tinggi untuk ke Hospital Kluang manakala kereta wanita itu dari arah bertentangan.

 

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta polis itu berlanggar dengan kereta wanita itu semasa membelok ke kanan masuk simpang untuk ke Taman Kampung Majid," katanya dalam satu kenyataan.

 

Akibat pelanggaran itu, wanita tersebut cedera dan menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) di Kluang.

 

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
Mahkamah membuat ketetapan itu selepas pengurusan kes bagi laporan psikiatri terhadap tertuduh…
Berita Domestik
"Terdapat tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun mengalami kecederaan, kesemua individu yang cedera…