Pemandu Axia kebas tayar, rim lepas pemasangan

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki kononnya mahu pandu uji keretanya selepas memasang tayar dan rim baharu di sebuah kedai tayar kereta di Taman Sri Pulai Perdana, di Johor Bahru, bertindak melarikan diri tanpa membuat pembayaran.


Pengusaha kedai tayar itu, Zaharah Yusoff, 37, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang pada 10 Mei lalu apabila premis perniagaannya didatangi lelaki berkenaan.

 

Beliau berkata, lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun itu menaiki kereta jenis Perodua Axia memberitahu mahu memasang tayar dan rim baharu untuk kenderaannya.

 

"Selepas selesai proses pemasangan tayar dan rim baharu bernilai RM1,800 itu, lelaki terbabit memberitahu kepada pekerja saya dia mahu memandu uji keretanya bagi memastikan keadaan tayar dan rim yang dipasang berkeadaan baik.

 

"Pada awalnya, pekerja saya tidak membenarkan namun lelaki menyatakan tidak perlu bimbang kerana beg mengandungi telefon bimbitnya ditinggalkan di kedai sementara menunggunya kembali ke kedai.

 

"Bagaimanapun, lelaki itu terus menghilangkan diri dan tidak kembali ke kedai seperti yang dijanjikan, manakala di dalam beg itu pula hanya terdapat wayar dan bukannya telefon bimbit," katanya ketika dihubungi.

 

Susulan itu, beliau yang tidak berada di kedainya ketika kejadian membuat laporan di Balai Polis Kangkar Pulai pada 10 Mei lalu.

 

Zaharah berkata, dia difahamkan lelaki itu juga menggunakan nombor pendaftaran kereta palsu.

 

"Kejadian ini menjadi peringatan kepada pekerja dan pemilik kedai tayar kereta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya mengesan satu video…
Berita Domestik
  Beliau menjelaskan bahawa pencapaian 2021 lebih sesuai dibandingkan dengan prestasi 2019, di…