Apabila para admin Careta melihat video di facebook Benedict Ho, kami terkedu melihat sikap pemandu tersebut! Keselamatan penumpang ke laut dengan aksi makan serta menonton video di talipon pintar beliau tanpa 'segan silu'.
Benedict telah menaiki bas tersebut dari Melaka ke Johor Bahru dan sempat merakam video yang berdurasi selama enam saat sikap kecuaian pemandu tersebut pada 5 Februari. Benedict turut memuatnaik salinan resit pembelian tiket bas ekspress sebagai bukti bahawa beliau sememangnya telah menaiki bas tersebut.
Disamping kesalahan tersebut, pemandu bas tersebut juga tidak memakai tali pinggang keledar serta memakai selipar sahaja.
Rakaman video tersebut di sini:
Semasa musim perayaan, pihak JPJ sentiasa membuat pantauan serta menyamar sebagai penumpang, sudah sampai masanya 'penyamaran' tersebut diteruskan serta mengambil tindakan tegas ke atas kecuaian pemandu-pemandu yang merbahayakan banyak nyawa di jalan raya!