Pemandu Ferrari langgar lima kenderaan janji bayar ganti rugi

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu Ferrari berusia 29 tahun didakwa memandu laju sehingga melanggar lima kenderaan dari arah belakang dalam kejadian di bulatan Senayan, Jakarta Selatan kelmarin, lapor portal berita Prohaba.

Pemuda itu turut memukul dua penunggang motosikal setelah terlibat dalam nahas tersebut yang melibatkan tiga kereta dan dua motosikal. Dia akhirnya ditangkap oleh polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Jhoni Eka Putra, pemandu itu ialah seorang usahawan yang memandu dari Surabaya ke Jakarta kerana hal ehawal pekerjaannya dan dia berjanji memberikan ganti rugi kepada mangsa-mangsa nahas tersebut.

Beliau berkata, pemuda tersebut melanggar lima kenderaan yang sedang berhenti di depannya kerana tidak berhati-hati dalam pemanduan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Lalu Lintas Metro Jaya, Diella Kartika Artha berkata, pemandu itu berada dalam keadaan sedar ketika kejadian dan dia tidak mabuk malah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa selepas kejadian tersebut.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…