Pemandu guna ‘jalan tikus’ terkandas di kebun ubi kayu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari IG
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario berpuluh-puluh kenderaan terperangkap di tengah kebun ubi kayu setelah melalui jalan pintas ketika pulang ke kampung, lapor laman berita Liputan 6 pada Rabu.


Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kenderaan-kenderaan itu dikatakan mengelak daripada melalui jalan utama di mana berlakunya kesesakan selama lebih enam jam akibat kemalangan antara sebuah lori tangki dan lori pasir di Cibadak, Sukabumi.

Menerusi video tersebut, puluhan kenderaan itu kelihatan tidak dapat bergerak di laluan satu lorong. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Yang penting jaga tanaman orang ya,” komen seorang netizen.

“Mengelak kesesakan lalu lintas, namun terjebak,” komen netizen lain.

 

– Agensi

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Berkongsi di Facebook, Zairul berkata, kisah itu bermula apabila dia menggunakan aplikasi Google…