Pemandu Hailak Gazoo Racing, Fernando Alonso sah kembali ke pasukan F1 Renault musim hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
Juara dunia dua kali, Fernando Alonso sah akan kembali ke sukan Formula One untuk tahun 2021 dengan mengikat kontrak selama dua tahun bersama pasukan lamanya, Renault.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelumba berusia 39 tahun itu meninggalkan sukan Formula One pada hujung tahun 2018 selepas berpendapat 'ia tidak lagi menjadi opsyen yang menarik untuk beliau'.

Alonso akan menggantikan tempat pemandu Australia, Daniel Ricciardo yang menyertai pasukan McLaren, manakala Ricciardo pula diberitakan menggantikan pemandu Ferrari Carlos Sainz Jr. yang mengisi kekosongan ditinggalkan oleh juara empat kali, Sebastian Vettel.

Alonso akan ditemani oleh Esteban Ocon yang turut kembali ke sukan Formula One musim ini selepas setahun menyepi.

 


Kepulangan ke pasukan Renault ternyata mengujakan beliau, ini kerana "Renault merupakan keluarga saya dan memori kegemaran saya di dalam Formula One adalah membawa pulang juara dunia dua kali bersama pasukan ini.

"Ia juga merupakan peluang terbaik untuk memulakan semula karier saya ke tahap yang tertinggi.

Selain daripada Renault, Fernando Alonso pernah mencuba nasib di dalam pasukan Formula One lain seperti McLaren (2007, 2015-2018), dan Ferrari (2010-2014), selain menyertai beberapa disiplin pemanduan endurance serta memandu Toyota Hilux untuk pasukan Toyota Gazoo Racing di dalam perlumbaan Dakar Rally.

Sumber: Autosport

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…