Menurutnya, suspek kemudian berjaya ditahan oleh anggota trafik dari Balai Polis Bayan Lepas di lokasi kejadian.
“Ketika proses tangkapan dijalankan, tiada kecederaan berlaku ke atas suspek dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kes narkotik,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, suspek beralamat di Desa Gemilang, Jalan Abdullah Ariff, Air Itam.
"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu suspek di lokasi kejadian untuk dijadikan barang kes.
“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Dia dibawa ke Balai Polis Trafik Bayan Lepas untuk tindakan lanjut dan akan direman di Mahkamah Balik Pulau," katanya.