Pemandu Honda Jazz mengaku tidak bersalah pandu secara berbahaya korbankan tiga nyawa

oleh Penyumbang Rencana|
foto kejadian pada 6 Mac
Pemandu kereta yang tular melanggar lampu isyarat merah dan merempuh dua motosikal pada 6 Mac lalu,mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di Seremban, pada Selasa, atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan tiga nyawa.

Pemandu yang berusia 17 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai pemandu kereta jenis Honda Jazz dituduh memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16 dan Aisar Azim Abdullah, 17.

Bagi kes itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Jika sabit kesalahan dan bagi kesalahan kedua di bawah Seksyen 26(1) akta yang sama memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM300 hingga RM2,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu tanpa lesen.

Jika disabitkan, hukuman denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, P Rubini mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM8,000 namun tertuduh yang diwakili Peguam Johan Radzi merayu kadar berkenaan dikurangkan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,300 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Sebutan semula kes ini ditetapkan pada 21 Mei depan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat dua jenis isu berasingan melibatkan komponen pam bahan api yang dikesan: Pertama, pam…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memandu kereta jenis Honda Jazz atas pengaruh minuman…
Berita Domestik
"Kami masih belum berkesempatan ambil keterangan pemandu Honda Jazz terbabit kerana dia masih…