Pemandu Lamborghini yang menyaksikan pasangan Switzerland maut terbakar disiasat sebagai 'pembunuh di jalan raya'

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Seorang jutawan India dan suami kepada bintang Bollywood sedang disiasat atas dakwaan menyebabkan rempuhan kereta yang mengorbankan dua warga Switzerland di pulau Sardinia di Itali.

Taikun hospitaliti dan hartanah Vikas Oberoi, 54, didakwa memandu Lamborghini dalam siri jelajah supercar Itali minggu lalu bersama isteri bintang filem Bollywood, Gayatri Joshi yang duduk di tempat duduk penumpang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah menghampiri pada kelajuan tinggi dalam percubaan untuk memintas kedua-dua kenderaan, Oberoi dan motorhome di hadapan.

Rakaman kamera pemuka telah menunjukkan bagaimana Lamborghini Oberoi tiba-tiba meluru keluar dari belakang motorhome tersebut dan memasuki laluan Ferrari yang sedang memotong. Akibat tindakan ini, satu rempuhan besar berlaku di mana motorhome tersebut terbabas dari jalan.

Kereta Ferari merah juga terbalik dan terbakar serta merta dan mengakibatkan warga Switzerland Markus dan Melissa Krautli tidak dapat melarikan diri.

Oberoi dan Joshi walaupuan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pendakwa raya di Cagliari telah membuka kertas penyiasatan dengan tuduhan 'pembunuhan jalan raya berganda', bermakna Oberoi boleh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika didakwa dan didapati bersalah.

Video kemalangan tersebut telah tular dan mendapat litupan pihak media antarabangsa. Video di bawah:

DailyUK

Berita Berkenaan

MotorGP
  Itali dan Sepanyol adalah dua negara majoriti menghadirkan pelumba dan pasukan paling banyak…
Berita Global
Petronas, syarikat petroleum nasional semalam secara rasminya melancarkan Pusat Penyelidikan dan…