Pemandu lori J&T maut 

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pemandu lori syarikat J&T Express maut dalam kemalangan di Jalan Tasik Utara - Larkin di Johor Bahru siang tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kemalangan jam 11.46 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Mustaqim Ismandi, 23 meninggal dunia setelah tersepit di dalam lori 1-tan tersebut yang terbakar.

Menurut laporan Kosmo, mangsa yang sedang berkonvoi dengan sebuah lagi lori telah cuba mengelak kon yang berada di atas jalanraya dan terbabas lalu melanggar pokok di bahagian tengah jalan.

Orang awam dikatakan cuba membantu memadamkan kebakaran untuk menyelamatkan mangsa tetapi api marak dengan cepat.

* Laporan penuh di Kosmo

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Information, suntikan dana ini bakal digunakan untuk meluaskan lagi…