Pemandu Lori Panggil Polis Bodoh Ditahan

oleh Hamimah Hamid|
GARA-GARA mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis seorang pemandu lori ditahan di Kilometer 50, Jalan Ipoh-Taiping.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan kerana melakukan provokasi kira-kira pukul 11.10 pagi ketika Op Perdagangan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, kata-kata kesat yang dikeluarkan pemandu lori muatan pasir itu seperti, ‘babi, haram jadah polis dan bodoh polis’.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, provokasi dilakukan suspek tersebut ketika anggota polis mahu mengeluarkan saman terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob

“Semasa operasi itu, kita telah menahan sebuah lori dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mendapati tidak dilengkapi dengan peralatan segitiga keselamatan. 

“Semasa anggota hendak mengeluarkan saman, lelaki itu telah mengeluarkan kata-kata kesat dan enggan memberikan kerjasama sebelum tangkapan dibuat ke atas suspek,” katanya.

Menurut Omar Bakhtiar, ujian air kencing turut dilakukan terhadap lelaki itu namun keputusan ujian tersebut masih belum diterima pihaknya.

Jelas beliau, semakan juga sedang dilakukan bagi mengenal pasti sama ada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.