Pemandu lori sebabkan kematian tiga beranak direman

oleh Penyumbang Rencana 2|
Seorang pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan tiga sekeluarga maut di KM216 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jejantas Ayer Keroh semalam, direman tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki berusia 43 tahun itu.

Pada Jumaat, dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori kira-kira jam 11 pagi, mengorbankan tiga beranak, Zubaidah Abd Rajak dan suami Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, masing-masing berusia 28 tahun serta anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi yang baharu berumur setahun.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pembahagi jalan, telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang dalam proses meletakkan kon apabila kereta dipandu Muhammad Nazirul Syafiq yang datang dari arah belakang, melanggar lori berkenaan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah semasa menjawab soalan tambahan Zakri Hassan…
Berita Domestik
Menurut laporan The Edge seperti yang dipetik oleh MalayMail, kerajaan persekutuan sedang…
Berita Domestik
Ini kerana PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya tersebut…