Pemandu mabuk nahas Porsche 911 sempat lari ke China sebelum didakwa

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu Porsche 911 yang terlibat dalam nahas kemalangan yang mengorbankan penumpang pada 30 September lalu dilapor telah melarikan diri ke China untuk mengelakkan pertuduhan.

MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00 pagi waktu tempatan.

Ting Ye, 26 tahun dikatakan memandu secara berbahaya melebihi 145 km/j sebelum Porsche 911 itu merempuh halangan simen dan melayang ke udara.

 


Suspek dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, namun penumpang, Yabao Liu, seorang warganegara China berusia 27 tahun dilapor maut ditempat kejadian.

Polis mengesyaki Ting Ye memandu di bawah pengaruh alkohol, namun suspek dikatakan telah berjaya melarikan diri dengan merentas sempadan Kanada sebelum terbang pulang ke China.

Disebabkan kekurangan perjanjian ekstradisi antara kerajaan China dan Amerika Syarikat, kerajaan China tidak wajib untuk memaksa Ting Ye ke Amerika semula untuk prosiding mahkamah.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jika gagal membayar denda berkenaan, dia akan dikenakan hukuman penjara selama tujuh bulan.…
Berita Domestik
Beliau berkata, pemandu Suzuki terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan…
Berita Domestik
Suspek enggan berhenti untuk pemeriksaan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya serta…