Pemandu mabuk Vellfire rempuh SJR

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan lelaki berusia 57 tahun kerana merempuh sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown semalam.


Lelaki yang disyaki berada bawah pengaruh alkohol itu juga hampir melanggar 15 anggota barisan hadapan yang bertugas di SJR berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata ketika kejadian pada jam 8.30 malam itu, lelaki terbabit dilihat memandu kereta Toyota Vellfire secara berbahaya dari arah Georgetown ke Bayan Lepas.

 

Katanya, lelaki terbabit kemudian melanggar kon keselamatan pertama dan diseret sehingga ke khemah yang menempatkan petugas keselamatan.

 

"Seramai 15 anggota keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertugas di situ tidak cedera.

 

"Lelaki yang tinggal di Jalan Pantai Jerjak, Sungai Nibong itu ditahan sejurus kenderaannya berhenti," katanya ketika dihubungi.

 

Soffian berkata, ujian pernafasan mendapati lelaki itu berada bawah pengaruh alkohol dengan kandungan bahan berkenaan melepasi had dibenarkan.

 

Katanya, tindakan suspek juga turut merosakkan beberapa peralatan termasuk dua papan tanda sekatan jalan raya, lampu beacon dan kon keselamatan.

 

Terdapat beberapa saksi melihat kejadian itu namun didapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.

 

"Lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi memiliki 38 saman atas kesalahan memandu laju dan kesemuanya sudah dijelaskan.

 

"Lelaki itu direman dua hari sehingga esok bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 45(A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 26 (2) Akta Polis," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…