Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dengan dibantu BBP Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.
"Kemalangan jalan raya membabitkan dua buah lori, iaitu lori tong gas dan lori 5 tan kontraktor kabel, pemandu lori muatan tong gas telah melanggar sebuah lori yang berhenti di bahu jalan dan menyebabkan mangsa tersepit.
"Mangsa iaitu pemandu lori tong gas telah disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital," katanya.
Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkannya kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 3.18 petang.