PEMANDU MAUT, MASERATI MC20 TERBELAH DUA AKIBAT LANGGAR POKOK

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 42 tahun terbunuh apabila Maserati MC20 Cielo yang dipandu terbabas dan melanggar pokok sehingga membelah kereta itu kepada dua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Wartawan Polis Daerah Montgomery, pemandu itu didakwa memandu pada kadar kelajuan tinggi berhampiran Shenandoah, pinggir utara Houston.

 

 

Atas sebab yang tidak diketahui, pemandu hilang kawalan pada kelajuan hampir 160kmj semasa berada di lorong HOV (High-Occupancy Vehicle).

Kereta itu meluncur merentasi lima lorong lebuh raya sebelum terbabas memasuki beberapa lorong Interstate 45 dan akhirnya melanggar sebatang pokok.

Pemandu tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cubaan CPR walaubagaimanapun punca sebenar kematian belum didedahkan.

 

maserati

 

Ketika kejadian berlaku, dalam supercar tersebut tiada penumpang lain dan tiada kecederaan kepada pemandu atau pengguna jalan raya tersebut.

Kerosakan lain yang berlaku akibat oleh kemalangan tersebut adalah hanya daripada serpihan dari Maserati yang melanggar kenderaan lain.

Keadaan kereta tersebut adalah, ia terbelah tepat di belakang tempat duduk penumpang dan sebahagian besar dalaman kereta tersebut masih utuh.

Walaubagaimanapun, kluster instrumen digital MC20 itu masih hidup dan menunjukkan jarak perbatuan 1,452 batu (2336km).

 

SUMBER : Motor1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, peratusan itu diperoleh daripada 40 kes…
Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…