Pemandu Myvi lawan arus berjaya ditahan!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari PDRM
Sepandai-pandai memandu lawan arus, akhirnya diberkas juga!


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow telah memaklumkan bahawa pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang videonya tular, telah pun ditahan polis pada Rabu.


Pemandu wanita berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Kangkar Pulai, Skudai.

 

Pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah mengesan dan menahan wanita berkenaan pada jam 1 tengah hari.

 

Polis juga merampas kereta Perodua Myvi berwarna putih untuk siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000.

 

Pada hari Selasa tular satu video berdurasi 11 saat dimuat naik di laman Facebook memaparkan sebuah kereta Myvi dipandu melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.

 

- Syukur tiada kemalangan yang melibatkan nyawa terjadi, mohon memandu menggunakan akal fikiran yang sihat -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya antaranya ialah kenderaan dari arah Jalan Tebrau yang mahu ke Jalan Storey. "Penutupan…
Berita Domestik
  Kelihatan di dalam video tersebut, kereta berkenaan masih memandu dengan laju walaupun telah…
Berita Domestik
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, pemandu yang berusia 41 tahun itu disyaki memandu lori…