Pemandu Myvi positif dadah punca kemalangan lima kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu kereta Myvi dipercayai positif dadah sebelum hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 243.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian kemalangan itu turut tular di media sosial Facebook dan mendapat reaksi netizen.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pada pukul 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke Selatan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun yang berada di hadapannya ketika itu.

 


“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nanda, akibat pelanggaran pertama yang berlaku di antara Perodua Myvi dan Toyota Avanza telah menyebabkan tayar bahagian belakang kiri Toyota Avanza tercabut.

Sumber: KOSMO! ONLINE.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan lelaki itu yang boleh…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
"Ujian saringan air kencing yang dilaksanakan mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin dan…