Pemandu Naza Citra bawa 9 Pati ditahan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari PDRM
Bukan sahaja memandu dengan lesen memandu tamat tempoh, malah dua individu didapati membawa sembilan warga asing di dalam kenderaan berkenaan.


Malah, kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra dipandu suspek turut melanggar dua kenderaan lain ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Kilometer 2, Plaza Tol Penchala, di Petaling Jaya, semalam (Sabtu).


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada 11.20 pagi selepas kenderaan terbabit dikesan kereta peronda lebuh raya dalam keadaan mencurigakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Anggota polis mengarahkan pemandu kenderaan itu berhenti, namun ia terus memecut laju lalu dikejar sehingga ke Jalan SS2/67 sebelum Naza Citra terbabit berhenti akibat melanggar dua kenderaan lain.

 

"Pemandu dan penumpang hadapan warga tempatan berusia 31 serta 36 tahun keluar dari kenderaan itu untuk melarikan diri, namun suspek berjaya diberkas.

 

"Pemeriksaan di dalam kenderaan terbabit menemui lapan lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 43 tahun yang kesemuanya warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (Pati) dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri," katanya

 

Menurutnya, pihak polis merampas MPV berkenaan, tiga telefon pintar, wang tunai RM500 dan sembilan beg pakaian.

 

Katanya, siasatan awal mendapati semua imigran dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan bekerja di kilang sekitar Damansara dan Petaling Jaya.

 

"Kedua-dua suspek warga tempatan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), manakala sembilan warga asing disiasata di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen (Pindaan) 2002 (Akta 155).

 

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
  Sinar Harian melaporkan bahawa beberapa PATI yang ditahan  di pasar berkenaan mengaku telah…
Berita Domestik
  Lelaki tersebut  telah ditahan polis di kilometer 9.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran lampu…