Pemandu Perodua Ativa buang sampah di sungai disiasat

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral tersebut
Seorang pelajar sebuah kolej disiasat berhubung video tular memaparkan kejadian membuang sampah dari kenderaan di Sungai Penaga, Jalan SS13/6 di sini pada Jumaat.


Video berdurasi 35 saat itu yang dikesan menerusi TikTok itu memaparkan seorang lelaki menaiki sebuah kereta jenis Perodua Ativa berwarna merah dirakam membuang sampah ke dalam sungai tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek kejadian merupakan seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun telah tampil bagi membantu siasatan.

 

"Siasatan awal dijalankan berdasarkan temu bual ke atas suspek mendapati barang yang dibuang ke sungai merupakan makanan iaitu manisan ladu dan manisan barfi kegunaan acara sembahyang.

 

"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan jika disabitkan dengan kesalahan membuang apa-apa barang keluar dari kenderaan hukuman denda sehingga RM300," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

 

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

 

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222," katanya.

 

- memalukan geng Ativa tul lah pelajar ni! -

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia membawakan nadi empat silinder sebaris aspirasi natural 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menjana…
Berita Global
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang…
Berita Global
Macam pernah lihat bukan? Ya, tekaan anda tepat sekali. Subaru Rex 2023 merupakan kembar keempat…