Pemandu Porsche maut akibat terbabas

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki maut apabila kereta Porsche yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM)55 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala Kuantan di sini pada Sabtu.


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa berusia 22 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 1.52 petang dan seramai lima anggota serta seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.

 

"Terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Porsche yang terbabas dan terdapat seorang lelaki dewasa meninggal dunia.

 


"Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan alat penyelamat hidraulik yang mengambil masa kira-kira 10 minit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
 

 

SinarHarian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…